Kuda feral

Kuda padi Chincoteague feral di Pulau Assateague, Virginia
Kuda feral di Namib
Kuda feral di Lembah Tule, Utah

Kuda feral atau kuda jalang merujuk kepada kuda bebas-liar yang berasal daripada kuda baka peliharaan. Oleh itu, kuda feral bukanlah sejenis haiwan liar. Bagaimanapun, beberapa populasi kuda-kuda feral diuruskan sebagai hidupan liar, dan kuda-kuda ini sering kali dipanggil sebagai kuda "liar". Kuda-kuda feral merupakan keturunan daripada kuda-kuda peliharaan yang terlepas, melarikan diri atau secara sengaja dilepaskan ke alam liar dan kekal hidup dan membiak di sana. Jauh dari manusia, seiring masa berlalu tingkah laku haiwan-haiwan berubah ke arah kuda liar. Beberapa kuda yang dihup dalam persekitaran feral tetapi kadang kala mungkin diuruskan atau dikendalikan oleh manusia, terutamanya dalam harta persendirian dirujuk sebagai "separa-feral".

Kuda-kuda feral biasanya hidup dalam gerombolan, kumpulan atau kawanan. Kumpulan kuda feral ini, sepertimana kuda liar biasanya terdiri daripada beberapa ekor kuda betina dan diketuai oleh seekor kuda betina matang dominan, termasuk beberapa kuda betina lain bersama anak-anaknya, serta kuda-kuda muda dari kedua-dua jantina. Biasanya terdapat seekor kuda jantan, bagaimanapun ada beberapa ketika terdapat beberapa ekor kuda jantan kurang dominan yang bersama dengan kumpulan ini. Sekumpulan kuda biasanya terdiri daripada beberapa kawanan kecil yang berkongsi kawasan yang sama. Satu kawanan kuda biasanya mempunyai bilangan yang lebih kecil, sekecil tiga hingga lima ekor kuda, kadang kala mungkin meningkat hingga lebih sedozen. Jumlah kawanan berubah pada setiap masa kerana kuda-kuda muda akan dihalau keluar dan menyertai kawanan lain, atau sebagai kuda jantan muda; ia akan mencabar kuda-kuda jantan yang lebih tua untuk menguasai kawanan. Bagaimanapun, dalam satu ekosistem tertutup (seperti kawasan-kawasan perlindungan di mana kebanyakan kuda-kuda feral ditemui pada hari ini), untuk mengekalkan kepelbagaian genetik, saiz minimum untuk populasi kuda lepas-bebas adalah 150–200 ekor.[1]

  1. ^ "American Wild Horse Preservation Campaign". wildhorsepreservation.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2011. Dicapai pada 21 May 2015.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search